loading...

Doa Untuk Suami dan Anak-anak Yang Panas Baran.. Ibu-ibu Kena Amal



Doa Untuk Suami dan Anak-anak Yang Panas Baran.. Ibu-ibu Kena Amal



Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup. Bak kata perpatah melayu “Sedang lidah lagi tergigit”.
Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena pukul,ditendang dan ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg.
Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini “pijak semut tak mati” tiba-tiba berubah sikap.
Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada ” affair” dengan wanita lain.
Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri.
Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang.
Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil.
Cara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama.
Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.

DOA YANG PERTAMA.


Maksudnya:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.”(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).

Sumber: getaviral

About padil21

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close