loading...

Sayu Dan Pilu.. Sebelum Meninggal Dunia Bayi Kami Kerap Memandang Wajah Arwah Bapanya..


Kehilangan suami tercinta sangat memilukan dalam hidup kami anak beranak, inilah tatapan terakhir bayi kami sehari sebelum bapanya meninggal dunia akibat diserang aneurisma otak, luah Nizma yang masih dalam truma serta sedih atas kehilangan suaminya tersayang.


Suami yang bernama Chakti Firmansyah merupakan seorang wartawan dan bertugas di Tribunnews Network Nusantara sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dikhabarkan 3 hari sebelum Chakti Firmansyah menerima surat kenaikan pangkat. Serta tidak sampai sebulan seorang anak merasai kasih sayang seorang bapa, suaminya telah pergi meninggalkan sejuta kenangan buat mereka anak beranak.

Nizma berkata dia dan suami menunggu selama 4 tahun untuk mendapat anak pertama, tapi arwah suaminya itu hanya sempat menghabiskan masa selama 3 minggu bersama anak mereka. 2 sehari sebelum suaminya meninggal dunia, bayi mereka kerap menatap wajah bapanya dengan pandangan yang agak aneh sehingga arwah suaminya menyuruh isterinya menangkap gambar dia dan anaknya dalam dakapannya.

Dalam kejadian yang  mereka anggap lucu itu, mereka suami isteri sempat mengalihkan muka bayi mereka, namun pandangan mata anaknya tetap merenun kewajah arwah bapanya. Siapa sangka perkara lucu yang mereka sangkakan itu adalah petanda yang bapanya akan meninggalkannya buat selamanya.

Nizma bagitahu suaminya seorang yang sangat baik dan ringan tulang untuk menolong siapa saja dan dia jugak tidak pernah dimarahi oleh suami sepanjang perkhwinan mereka dan suaminya adalah seorang penyayang.

“Doakan anak kami kelak akan menjadi anak yang baik dan soleh,dan menjadi seorang lelaki hebat macam bapanya katanya ketika dihubungi pemberita.



Apakah maksud penyakit Aneurisma?

Aneurisma adalah merupakan kondisi pelebaran pembuluh darah, iaitu ukuran kantung akan semakin membesar yang kemudian pecah dan menimbulkan perdarahan dalaman. Aneurisme biasanya terjadi pada arteri di otak, perut, dan dada.




Ketahui Gejala Aneurisma Otak?

Jika aneurisma otak pecah, terdapat beberapa gejala yang akan timbul seperti sakit kepala tiba-tiba serta intens, sakit leher dan kejang-kejang pada bahagian, mual dan muntah, pandangan kabur, kepekaan terhadap cahaya, mengantuk, dan juga gangguan bertutur.




Aneurisma otak kecil pula adalah yang belum pecah mungkin tidak menimbulkan gejala apapun. Gejala lain yang mungkin timbul diantaranya adalah sakit di belakang atau di atas mata, pupil melebar, hilang rasa, penglihatan ganda, atau kelemahan di satu sisi wajah. 

Sumber: penmerahmedias

About padil21

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close