Bila merancang untuk travel, bajet merupakan antara perkara penting yang menentukan lokasi yang bakal menjadi destinasi kita. Kejatuhan nilai ringgit pada awal tahun ini menyebabkan ramai yang sedikit keberatan untuk travel ke luar negara kerana kekangan bajet disebabkan tukaran matawang yang tinggi.
Sebagai seorang bajet traveller, saya sendiri turut terkesan dengan situasi ini tapi hati tetap nak travel. Jadi saya telah lakukan kajian agar masih dapat travel ke luar negara dengan bajet yang saya telah tetapkan.
Benda baik tak elok simpan sorang-sorang maka saya kongsikan di sini. Bajet saya untuk setiap trip tak boleh lebih daripada RM1500 termasuk tiket kapal terbang.
Banda Acheh, Indonesia

ngat Acheh, ingat tsunami. Bandar yang pernah ranap kerana tsunami ini menawarkan lebih banyak tarikan dan monumen peringatan daripada tragedi yang telah menimpa serta beberapa lokasi alam semulajadi yang menarik.
Apatah lagi nilai Ringgit masih tinggi berbanding Rupiah Indonesia. Memang ngam dengan bajet saya.
Anggaran bajet saya:
- Tempoh: 4 hari 3 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM300 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan (kereta sewa dan 4WD beserta pemandu untuk bawa ke lokasi menarik di sekitar Banda Acheh dan Sabang, feri dan pengangkutan dari jeti ke hotel) : RM150
- Hotel (1 malam di Banda Acheh dan 2 malam di Sabang): RM200
- Makan: RM150 (bajet lebih sikit untuk makan)
- Aktiviti : Pakej snorkeling di Iboih: RM70 (termasuk boat transfer, pemandu dan alatan snorkeling). Lain-lain aktiviti dah masuk dalam bajet sewa kereta dan 4WD sebab kena bayar untuk minyak.
- Matawang: Indonesia Rupiah
Total bajet: RM870 / orang.
Bagi pasangan yang dah berkahwin jangan lupa bawa surat nikah. Undang-undang di Acheh tidak benarkan lelaki dan wanita keluar bersama selepas jam 10 malam.
Mana lah tahu terasa nak lepak tepi pantai sambil tengok bulan, ada polis syariah datang soal siasat banyak pula kena jawab nanti.
Dan ini sedikit tips tambahan untuk korang:
1. Website rujukan untuk pengangkutan
Seat61.com sering menjadi antara sumber rujukan utama saya setiap kali nak travel ke luar negara. Informasi yang dikongsikan juga lengkap dan up to date. Jadi korang bookmark website ni okey.
2. Travel dalam kumpulan minima 4 orang
Senang nak berkongsi perbelanjaan untuk lebih jimat terutama kos bilik hotel, makanan dan pengangkutan yang melibatkan sewa kereta. Lagi ramai lagi jimat.
3. Travel Apps
Bagi bandar dan negara maju seperti Australia dan Korea, korang boleh cuba lakukan carian di Play Store dan iTunes untuk apps dan peta yang boleh digunakan offline. Contohnya:
Busan: Busan Metro Maps, dan Busan Map Offline
Perth: Perth Western Australia Maps, dan Perth Map and Walks
4. Promosi AirAsia
Sentiasa alert dengan promosi AirAsia. Adakala tiket yang kita dapat boleh jadi separuh daripada bajet di atas.
Bercakap tentang AirAsia, ada satu berita menarik saya nak kongsikan. Harga tiket kapal terbang yang saya letakkan di atas adalah harga biasa tanpa promosi.
AirAsia akan mengadakan promosi 50% diskaun untuk pembelian tiket pergi balik bagi destinasi berikut:
1. Indonesia: Banda Acheh – Harga normal pergi balik RM300++, sekarang RM242++.
2. Myanmar: Yangon – Harga normal pergi balik RM380++, sekarang RM314++
3. Filipina: Cebu – Harga normal pergi balik RM590++, sekarang 460++
4. Maldive: Male – Harga normal pergi balik RM740++, sekarang 560++
5. Australia: Perth – Harga normal pergi balik RM780++, sekarang RM600++
6. Korea: Busan – Harga normal pergi balik RM798++, sekarang RM610++
Harga promosi di atas hanya sah jika tempahan dibuat untuk penerbangan pergi balik dengan AirAsia.
Promosi ini berlangsung selama 50 jam bermula pada 16 Mei 2016 (hari ni!) untuk penerbangan di antara 1 Ogos – 30 Nov 2016. Korang boleh semak promo ini di website AirAsia.com bermula jam 12 PM.
Saya tengah standby depan laptop untuk grab tiket ke salah satu lokasi di atas. Penat buat research dan kira bajet, it’s time to make it real. Siapa cepat dia dapat!

0 comments:
Post a Comment