
PERCUTIAN DI LUAR NEGARA DENGAN BAJET HANYA RM 1500 SAHAJA !!!
Sebut Maldives tak perlu cerita banyak lagi. Ini antara tempat untuk bercuti dan tenangkan fikiran sambil layan pemandangan laut luas yang cantik. Sambil tu boleh snorkeling sekali.

Anggaran bajet saya:
- Tempoh: 5 hari 4 malam. Bajet untuk seorang, travel dalam kumpulan 4 orang.
- Tiket kapal terbang pergi balik : RM740 (termasuk airport tax). Boleh murah lagi untuk flight jika dapat cari tiket promo AirAsia.
- Pengangkutan: RM200
- Hotel: RM300. Cari hotel murah di Hulhumale atau pulau sekitarnya.
- Makan: RM100. Selebihnya bawa makanan dari Malaysia.
- Aktiviti: RM160. Bajet aktiviti boleh dinaikkan jika bajet tiket kapal terbang dapat dikurangkan. Antara aktiviti boleh dilakukan adalah melawat 2 ke 4 pulau di Maldives iaitu Hulhumale, Male, Maafushi dan Adaaran, aktiviti bajet rendah sekitar USD10 dan lepak layan matahari terbenam.
- Matawang: Rufiyaa
Total bajet RM1500.00 / orang.
Ada pilihan untuk naik local boat/slow boat ke Maafushi dengan tambang 3USD sahaja seorang. Bot bertolak setiap hari kecuali Jumaat pada jam 3 petang.
Matawang Maldives adalah Rufiyaa. Susah sikit nak dapat di Malaysia. Tapi boleh tukar di lapangan terbang sebaik saja sampai di sana. Kadar tukaran semasa ialah 1USD bersamaan 15 Rufiyaa. Simpan resit, kalau ada baki boleh ditukar ke USD di Airport Male sebelum balik ke Malaysia.
Untuk rujukan itinerari baca: Itinerari Travel Cara Bajet 5 Hari 4 Malam Di Maldives
Dan ini sedikit tips tambahan untuk korang:
1. Website rujukan untuk pengangkutan
Seat61.com sering menjadi antara sumber rujukan utama saya setiap kali nak travel ke luar negara. Informasi yang dikongsikan juga lengkap dan up to date. Jadi korang bookmark website ni okey.
2. Travel dalam kumpulan minima 4 orang
Senang nak berkongsi perbelanjaan untuk lebih jimat terutama kos bilik hotel, makanan dan pengangkutan yang melibatkan sewa kereta. Lagi ramai lagi jimat.
3. Travel Apps
Bagi bandar dan negara maju seperti Australia dan Korea, korang boleh cuba lakukan carian di Play Store dan iTunes untuk apps dan peta yang boleh digunakan offline. Contohnya:
Busan: Busan Metro Maps, dan Busan Map Offline
Perth: Perth Western Australia Maps, dan Perth Map and Walks
4. Promosi AirAsia
Sentiasa alert dengan promosi AirAsia. Adakala tiket yang kita dapat boleh jadi separuh daripada bajet di atas.
Bercakap tentang AirAsia, ada satu berita menarik saya nak kongsikan. Harga tiket kapal terbang yang saya letakkan di atas adalah harga biasa tanpa promosi.
AirAsia akan mengadakan promosi 50% diskaun untuk pembelian tiket pergi balik bagi destinasi berikut:
1. Indonesia: Banda Acheh – Harga normal pergi balik RM300++, sekarang RM242++.
2. Myanmar: Yangon – Harga normal pergi balik RM380++, sekarang RM314++
3. Filipina: Cebu – Harga normal pergi balik RM590++, sekarang 460++
4. Maldive: Male – Harga normal pergi balik RM740++, sekarang 560++
5. Australia: Perth – Harga normal pergi balik RM780++, sekarang RM600++
6. Korea: Busan – Harga normal pergi balik RM798++, sekarang RM610++
Harga promosi di atas hanya sah jika tempahan dibuat untuk penerbangan pergi balik dengan AirAsia.
Promosi ini berlangsung selama 50 jam bermula pada 16 Mei 2016 (hari ni!) untuk penerbangan di antara 1 Ogos – 30 Nov 2016. Korang boleh semak promo ini di website AirAsia.com bermula jam 12 PM.
Saya tengah standby depan laptop untuk grab tiket ke salah satu lokasi di atas. Penat buat research dan kira bajet, it’s time to make it real. Siapa cepat dia dapat!
0 comments:
Post a Comment